Monday, August 31, 2009

Teknologi perkomputeran masa depan : multi-touch technology

Hari demi hari ada sahaja teknologi baru dalam industri perkomputeran.

Bermula dari hanya idea sehingga terciptanya komputer pertama seluas sebuah makmal,kemudian kewujudan nya semakin kecil dan peribadi apabila IBM mencipta IBM PC yang pertama yang menjadi standet perkomputeran masa kini.Kini perkomputeran semakin jauh kehadapan dengan adanya mobil komputer ataupun komputer bimbit yang disertakan kemudahan akses internet tanpa wayar (3G).

Kini ada lagi satu fenomena baru dalam keghairahan inovasi teknologi perkomputeran.Ianya dikenali sebagai teknologi “multi-touch”. Ianya satu teknologi antara muka input-output berbilang tugas yang tercanggih buat masa ini.

Merujuk kepada Wikipedia,Multi-touch ialah satu teknik interaksi antara manusia dan komputer melalui satu perkakasan khas.Multi-touch merangkumi skrin sesentuh yang mampu mentafsir input dari pelbagai sentuhan melalui sistem perisian khas.

Teknologi ini sekurang-kurangnya telah pun dikaji dan dibangunkan sejak 25 tahun yang lepas oleh Universiti Toronto dan Bell Labs.

Teknologi tercanggih ini telahpun di adaptasikan oleh Microsoft dalam produk terbaru mereka iaitu Microsoft surface :-Ianya satu teknologi antara muka input-output berbilang tugas yang tercanggih buat masa ini.

Merujuk kepada Wikipedia,Multi-touch ialah satu teknik interaksi antara manusia dan komputer melalui satu perkakasan khas.Multi-touch merangkumi skrin sesentuh yang mampu mentafsir input dari pelbagai sentuhan melalui sistem perisian khas.

Teknologi ini sekurang-kurangnya telah pun dikaji dan dibangunkan sejak 25 tahun yang lepas oleh Universiti Toronto dan Bell Labs.

Teknologi tercanggih ini telahpun di adaptasikan oleh Microsoft dalam produk terbaru mereka iaitu Microsoft surface. Menggabungkan teknologi multi-touch dan kepakaran sistem operasi dan aplikasi yang mereka miliki,Microsoft berjaya menghasilkan satu produk masa hadapan yang begitu mengagumkan.

Microsoft Surface jika dilihat dari mata kasar hanyalah sebuah meja yang mempunyai skin tv biasa yang mendatar.Tetapi sejurus ianya dihidupkan anda pasti terkejut dengan kemampuan yang mampu dilakukan olehnya.

Sesiapa sahaja yang dapat mencapai skrin dapat berinteraksi secara terus dengan apa sahaja aplikasi yang ada didalamnya,dari pemproses perkataan,memain semula ataupun menyunting pelbagai fail gambar atau musik atau video dalam satu masa yang sama.Ditambah dengan fungsi tanpawayar dan bluetooth anda buleh terus muaturun atau muatnaik fail dari telefon bimbit ataupun digital kamera anda dengan hanya meletak diatas permukaan skrin.

Buat masa ini produk Microsoft Surface ini telahpun dipasarkan dan anggaran kasar harga produk ini ialah antara RM16,000 ke RM20,000 seunit.

Harapan kita sebagai pengguna ialah lebih banyak lagi syarikat yang membuat kajian dan pembangunan tentang teknologi multi-touch ini supaya teknologi ini berkembang ke sektor yang lebih luas seterusnya mencetuskan persaingan sihat yang akhirnya menguntungkan pengguna seperti kita.